Warga kerja tunjang kemajuan negara – Fadillah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WARGA kerja sama ada di sektor awam mahupun swasta merupakan tunjang kemajuan negara.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan kejujuran, semangat juang dan minda kelas pertama yang proaktif, inovatif serta berpandangan jauh perlu terus disemai dalam setiap tindakan warga kerja.

Perkara itu antara yang dikongsikan Fadillah ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), hari ini.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, perhimpunan itu bukan sekadar rutin bulanan.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan ruang muhasabah dan suntikan semangat untuk warga kerja PETRA terus melangkah dengan iltizam dan integriti.

Dalam perhimpunan itu, Fadillah turut merakamkan rasa dukacita atas pemergian bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkannya sebagai seorang negarawan unggul.

Katanya, Allahyarham telah meninggalkan legasi besar dalam pembangunan modal insan dan pendekatan Islam Hadhari.

“Dalam perhimpunan ini, beberapa perkara penting telah dikongsikan termasuk insiden di Putra Heights yang memperlihatkan kecekapan pasukan PETRA dalam bertindak pantas demi memastikan kelangsungan bekalan.

“Saya dan warga PETRA juga mendoakan kesejahteraan para jemaah haji Malaysia 2025 termasuk pegawai kita, Zabir Sarip@Shariff,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Program NUR@PETRA galak amalan cekap tenaga – SEDA

Sementara itu, sempena Hari Air Sedunia 2025 bertemakan “Glacier Preservation”, Fadillah menyeru semua pihak agar mengamalkan penggunaan air secara berhemah.

Menurut beliau, PETRA juga menjadi tuan rumah bersama ASEAN Centre for Energy bagi mesyuarat NEC-SSN bagi memacu perbincangan strategik berkaitan tenaga nuklear dalam pelaksanaan APAEC 2026-2030.

Fadillah berkata, PETRA turut merakamkan penghargaan kepada operator air yang berjaya mengurangkan kadar air tidak terhasil menerusi program NRW.

“Dalam memperkukuh hubungan antarabangsa, pelbagai kunjungan hormat dan lawatan kerja telah dilaksanakan melibatkan negara-negara seperti Amerika Syarikat (AS), New Zealand, Palestin, Jepun, Korea Selatan, Turkiye, United Kingdom (UK) dan Perancis.

“Setiap usaha yang kita curahkan hari ini adalah pelaburan untuk masa depan negara.

“Teruskan melangkah dengan yakin, berkhidmat dengan jujur dan jadilah pemangkin perubahan yang membawa manfaat kepada seluruh rakyat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri Proton X70 terbabas langgar pembahagi jalan di LPT2

SEORANG wanita putus kaki sebelah kiri sebelah kereta jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer...

More Articles Like This