Prestasi Koperasi Permodalan Felda semakin baik – Mohd Banuri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KOPERASI Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) mencatatkan perkembangan prestasi yang semakin kukuh walaupun berdepan cabaran besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengerusi KPF, Datuk Mohd Banuri Aris berkata, pencapaian itu dikecapi hasil pelaksanaan pelan rasionalisasi strategik secara berperingkat.

“Kita sedar bahawa beberapa isu terdahulu, termasuk tekanan pengeluaran syer anggota dan kelemahan dalam pematuhan undang- undang kecil, telah menjejaskan keyakinan anggota.

“Namun, hari ini kami kembali dengan komitmen baharu, berteraskan tadbir urus yang lebih baik serta pelaksanaan pelan strategik yang teratur,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas mengenai isu penebusan syer dan usaha pemulihan KPF, Mohd Banuri berkata, sebanyak RM691.58 juta diterima melibatkan 29,159 permohonan dalam tempoh 2022 hingga April 2025.

Jelas beliau, daripada jumlah tersebut, RM319.44 juta telah dibayar melibatkan 18,783 permohonan.

“Bayaran pengeluaran syer dilaksanakan secara berperingkat mengikut konsep penggiliran, dengan keutamaan diberikan kepada permohonan yang melibatkan keperluan kritikal seperti ibadah haji/umrah, rawatan perubatan, pendidikan, kes mahkamah, serta situasi mendesak lain yang dipertimbangkan secara teliti oleh Lembaga,” kata beliau.

Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (M) Bhd, Datuk Mohd Banuri Aris menunjukkan Pelan Rasionalisasi Aset Pelaburan KPF ketika mengadakan sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Mohd Banuri berkata, baki sebanyak RM372.13 juta yang melibatkan 10,376 permohonan akan dibuat secara berperingkat mengikut kecukupan aliran tunai.

Katanya, proses pengeluaran syer telah memakan masa lebih 12 bulan disebabkan oleh kekangan aliran tunai.

Oleh hal demikian, Mohd Banuri berkata, Pelan Rasionalisasi Aset Pelaburan telah diperkenalkan untuk memastikan KPF kekal mampan dan dapat memenuhi komitmen kepada anggota.

“la merangkumi tiga strategi utama iaitu penjualan aset perladangan (dijangka selesai suku ke-4 2025); pelupusan hartanah yang tidak menguntungkan dan penstrukturan aset pelaburan dalam syarikat bersekutu.

“Pelan ini bertujuan untuk menyelesaikan permohonan pengeluaran syer tertunggak serta menjana pendapatan mampan jangka panjang yang lebih lestari,” katanya.

Mohd Banuri menambah, KPF berjaya mengekalkan prestasi kewangan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya walaupun berdepan tekanan aliran tunai.

Katanya, ia membuktikan kecekapan pengurusan dan ketahanan asas kewangan KPF yang tidak pernah mencatatkan kerugian sejak penubuhannya pada 1980.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Segamat kurang 49 doktor, KKM diminta tambah petugas

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) diminta menambah bilangan petugas kesihatan terutama doktor di Hospital Segamat ekoran keperluan yang semakin mendesak. EXCO Kesihatan...

More Articles Like This