Jangan jadi helang jika anda seorang yang…

Dari Penulis

Ada seekor ayam belanda yang bersahabat baik dengan seekor helang. Kedua-duanya selalu terbang bebas ke mana sahaja.

Suatu hari, mereka turun ke sebuah kawasan ladang. Di situ ada pelbagai makanan. Malah, ada banyak haiwan lain turut makan di situ. Maka, berehatlah si helang dan ayam sambil makan hingga kekenyangan di situ.

“Jangan risau. Makanan di sini tak pernah habis. Setiap hari tuan kami akan taburkan makanan. Kamu tak perlu bekerja pun, hanya makan saja,” kata si lembu kepada helang dan ayam.

Gembiralah kedua-dua sahabat itu. Tidak perlu lagi terbang tinggi mencari makanan. Setelah beberapa ketika, suatu hari si helang berkata, “Rasanya kita sudah agak lama di sini. Bukankah sepatutnya kita ke tempat lain pula?”

Jawab si ayam, “Lebih baik kita tinggal di sini. Semua ada. Aku rasa tidak larat hendak terbang ke sana ke mari mencari makanan. Ia memenatkan.”

“Entahlah. Tapi aku rasa apa yang ada ini terlalu mudah untuk diterima. Pasti ada sesuatu di sebaliknya. Lagipun sudah fitrah, aku diberi kepak untuk terbang tinggi bebas di atas langit. Mencari rezeki di mana ada. Walaupun susah dan penat, bukankah itu satu cabaran hidup?” soal si helang pula.

Namun, ayam tetap enggan untuk terbang lagi. Akhirnya, helang ambil keputusan untuk terbang meninggalkan ladang itu. Baginya, terbang bebas menerjah cabaran adalah perkara yang harus dinikmati dalam hidupnya walaupun ada kalanya ia berdepan risiko dan kesukaran.

Manakala si ayam pula tetap tinggal di ladang itu. Ia sudah terasa senang dengan hidupnya. Makan minum tersedia. Setiap hari ia hanya makan, tidak bekerja. Lama-kelamaan tubuh ayam mula gemuk dan jadi pemalas.

Suatu hari, isteri petani mahu membuat sebuah majlis di rumah mereka. Terdengarlah oleh si ayam perbualan si petani yang mahu mengambil ayam-ayam yang sudah gemuk untuk dikorbankan.

Takutlah ia waktu itu. Cubalah ia berlari untuk terbang semula. Sayangnya, tubuhnya sudah terlalu berat. Sayapnya sukar dikibas kerana sudah lama tidak digunakan. Sekadar mengepakkan sayap, namun ia tidak lagi mampu terbang di udara seperti dahulu.

Akhirnya, nasib si ayam berakhir di tangan si petani apabila dia dikorbankan, lalu dagingnya dimasak untuk dihidangkan kepada para tetamu.

Tamat sudah kisah dongeng di atas. Soalannya di sini, anda mahu jadi seperti helang atau ayam? Jangan jawab helang jika anda seorang yang pemalas, suka mengharapkan orang lain dan lebih suka ambil jalan mudah daripada mengharungi cabaran.

___

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya bukan main jin!” Tok Dewata bongkar rahsia seni persembahan ‘Main Teri’

Nama Tok Dewata kembali menjadi bualan hangat apabila seni persembahan Main Teri yang melibatkan beliau tular di media sosial.  Namun...

More Articles Like This