Agong berkenan berangkat ke LIMA ’25

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’ 25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, hari ini.

Ketibaan Seri Paduka Baginda pada 10.15 pagi disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Datuk Mohd Nizam Jaffar.

Turut berangkat anakanda Seri Paduka Baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari; Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Baca artikel lain: LIMA ’25: KPN saksi pemeteraian MoU SME Ordnance dan Wilayah Arms, terima kunjungan Kelab Menembak Sasaran Shapadu

Dalam lawatan itu, Sultan Ibrahim berkenan melawat Sapura Secured Technologies (SST), reruai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malatsia (TLDM) dan Kementerian Pertahanan Turkiye sebelum berangkat pulang kira-kira 11 pagi.

LIMA’25 adalah anjuran bersama Kementerian Pertahanan dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC) yang memberi penekanan pada inovasi serta peningkatan daya saing dalam kalangan pemain industri sejajar perkembangan teknologi semasa.

Bertemakan ‘Inovasi Hari Ini Pencapaian Masa Hadapan’, LIMA’25 berlangsung di Langkawi, Kedah dan adalah pameran terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara sejak dianjurkan kali pertama pada 1991.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ekonomi negara berkembang positif kesan pelaksanaan reformasi Kerajaan MADANI – PM

MESKIPUN dunia ketika ini berdepan dengan ketidaktentuan namun perkembangan ekonomi negara menunjukkan petanda yang positif. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

More Articles Like This