LIMA ’25: KPN saksi pemeteraian MoU SME Ordnance dan Wilayah Arms, terima kunjungan Kelab Menembak Sasaran Shapadu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara SME Ordnance Sdn Bhd dengan Wilayah Arms Sdn Bhd sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25), semalam.

Majlis pemeteraian MoU tersebut telah berlangsung di Chalet Industri Aeroangkasa dan Pertahanan Nasional di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, sesi menandatangani MoU itu telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif SME Ordnance, Datuk Shah Eikmarizam Mohd Shahrom bersama Pengarah Urusan Wilayah Arms, Dato’ Sri Shafiz Shahrani.

Menurut hantaran berkenaan, pemeteraian MoU tersebut menyaksikan Wilayah Arms akan memperoleh sebanyak 4.7 juta butir peluru berkaliber 9mm daripada SME Ordnance.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat Presiden Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Dato’ Sri Shafiz Shahrani di Bilik Kunjungan Hormat KPN, MIEC sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25), semalam. GAMBAR: Facebook Polis Diraja Malaysia

Baca artikel lain: Aksi udara TUDM gamatkan pembukaan rasmi LIMA’25 hari ini

“Ia bagi menyokong keperluan perkhidmatan yang dijalankan Wilayah Arms khususnya dalam penggunaan senjata api,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Razarudin turut menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) yang diketuai Shafiz selaku Presiden KMSS.

Kunjungan hormat berkenaan telah berlangsung di Bilik Kunjungan Hormat KPN, MIEC, Langkawi.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut adalah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim; Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dan Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan KDNKA Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This