Remaja maut motosikal dinaiki bertembung lori simen

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori simen dekat Taman Sri Kapar menghala Kuala Selangor, petang semalam.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar jam 4.30 petang semalam.

Susulan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar telah menggerakkan sebuah jentera FRT bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda dengan sebuah lori simen. Terdapat seorang penunggang motosikal tidak sedarkan diri.

“Penunggang motosikal, Aidith Aidith Afzan Kipley Shahibul Kipley, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh kakitangan kementerian kesihatan,” katanya.

Sementara itu, pemandu lori simen berusia 44 tahun dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This