LEBIH 5,000 orang pengunjung dijangka memeriahkan program TEROKA Linkar 52 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Sabtu ini bersama 24 Mei 2025 di Galeria SA Sentral, Shah Alam.
Program yang berlangsung seawal pukul 7 pagi hingga 10 malam itu akan menyaksikan pelancaran projek kediaman eksklusif terbaharu PKNS iaitu Linkar 52 — sebuah pembangunan merangkumi dua menara apartmen servis setinggi 33 tingkat, melibatkan sejumlah 615 unit kediaman serta 19 unit lot perniagaan runcit.
Projek ini merupakan sebahagian daripada komponen pembangunan SA Sentral di Bandar Raya Shah Alam.

Linkar 52 dibina bercirikan reka bentuk moden kontemporari berlatarbelakangkan kehijauan landskap mempunyai lima varian saiz iaitu 450 hingga 850 kaki persegi (kps) dengan harga jualan bermula RM351,000 seunit.
Selain pelancaran projek Linkar 52, program TEROKA yang diadakan pada hujung minggu ini bakal menampilkan beberapa aktiviti menarik seperti gerai jualan makanan tular, jualan bonet kereta, aktiviti ekstrem ‘wall climbing’ dan banyak lagi.
Di samping itu, menerusi aktiviti Eksplorasi SA Sentral, para pengunjung berpeluang meneroka setiap sudut menarik yang terdapat di Galeria SA Sentral, sebuah komuniti baharu moden dan segar di Shah Alam.
Baca artikel lain: Anwar akan bangkitkan isu Gaza dalam pemukiman pemimpin ASEAN
Dibina khas untuk melaksanakan aktiviti riadah dan gaya hidup santai, Galeria SA Sentral turut menempatkan lot makanan serta minuman yang boleh dikunjungi.
Ia bukan sahaja mencabar minda, tetapi menguji sejauh mana peserta mengenali lokasi dan persekitarannya.
Bukan itu sahaja, peminat aktiviti lasak juga tidak harus melepaskan peluang menyertai cabaran ‘wall climbing’ yang disediakan oleh pihak penganjur.

Bagi kaum wanita pula, pelukis inai profesional turut menawarkan lukisan inai yang unik dan menarik pada harga istimewa.
Turut mencuri tumpuan ialah pertandingan tarian Pesona Tari yang dikhususkan pelajar sekolah.
Program kemuncak TEROKA Linkar 52 adalah persembahan Akustik Sentral Soundwave, Busking Buz! dari kumpulan Nominos Band yang bakal menghidupkan suasana malam Galeria SA Sentral bermula pukul 8 hingga 10 malam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

