PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini memperkenalkan projek Linkar 52, sebuah pembangunan berorientasikan transit (TOD) di bandar raya Shah Alam pada program TEROKA Linkar 52 di Galeria SA Sentral.
Linkar 52 merupakan projek TOD pertama PKNS terdiri daripada dua menara setinggi 33 tingkat dengan jumlah keseluruhan 615 unit kediaman dan 19 unit lot perniagaan runcit, lengkap dengan empat lif bagi setiap menara.
Dengan keluasan binaan antara 450 hingga 850 kaki persegi, projek ini amat sesuai untuk individu dan pasangan yang menggemari gaya hidup minimalis.
Selain itu, saiz unit yang lebih kecil juga berpotensi menjimatkan kos penyelenggaraan serta utiliti.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, Linkar 52 yang dijadualkan siap pada suku kedua 2029 dibangunkan di kawasan Seksyen 14 dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM314.42 juta.
Menurutnya, komponen pertama yang dibangunkan oleh PKNS di bawah projek SA Sentral ini ditawarkan pada harga bermula RM351,000 seunit, di mana ia sesuai untuk golongan keluarga muda, bujang dan juga pelaburan masa hadapan yang menjanjikan pulangan baik.
“Kami perlu bawakan ‘value’ atau nilai (dalam projek kali ini), jadi nilai apa yang boleh kami tawarkan kepada pelanggan, satu daripadanya adalah reka bentuk.
Baca artikel lain: Mahu dibawa ke mana pendidikan kita wahai pemimpinku?
“(Selain itu) dalam radius dua atau satu kilometer (dari Linkar 52) terdapat hospital, kita juga ada universiti, tasik, masjid begitu juga dengan kedai makan. Hotel juga ada, ini adalah perkara menarik minat pembeli,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Linkar 52, hari ini.
Buat pengetahuan, ruang kediaman Linkar 52 direka dengan susun atur fleksibel, disertai pencahayaan semula jadi dan pengudaraan efisien, mewujudkan suasana luas, selesa serta berkonsepkan gaya hidup kontemporari.
Lebih menarik, reka bentuknya turut menekankan aspek privasi, di mana pintu masuk setiap unit tidak menghadap antara satu sama lain, sekali gus memberikan tahap keselamatan dan keselesaan yang lebih baik kepada penghuni.
Linkar 52 terletak di lokasi strategik yang menggabungkan semua aspek hab komersial moden, selari dengan infrastruktur sekeliling serta akses kepada pelbagai kemudahan.
Malah, kediaman ini turut menawarkan akses strategik dengan jarak hanya 100 meter ke Lebuh Raya Persekutuan dan 50 meter ke Stesen LRT3 Dato’ Menteri.
Selain itu, Linkar 52 turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti moden seperti kolam renang, taman permainan, surau, dewan serbaguna, gimnasium, gelanggang separuh bola keranjang, laman BBQ serta dek santai.
Kesemua kemudahan ini bukan sahaja memberikan nilai tambah kepada pembeli, malah turut menyumbang kepada peningkatan nilai hartanah dari semasa ke semasa.
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Linkar 52, sila layari laman https://pknslinkar52.com.my/ atau hubungi Eksekutif Jualan PKNS di talian 03-50220186 atau WhatsApp 6010-9280187.
Sementara itu, program TEROKA Linkar 52 yang dianjurkan hari ini, merupakan program interaktif untuk seisi keluarga dengan pelbagai pengisian menarik.
Antara yang ditawarkan adalah aktiviti wall climbing, pesta makanan bertemakan perkelahan, car boot cafe, trak makanan, aktiviti rekreasi, pertandingan tarian, eksplorasi SA Sentral, zumba dan banyak lagi.
Program sehari itu diadakan dari pukul 7 pagi hingga pukul 10 malam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

