PKR perlu jadi teras kepada kerajaan – Amirudin

Dari Penulis

KEPUTUSAN pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberikan petunjuk jelas mengenai hala tuju masa depan parti itu serta negara, kata Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor itu berkata barisan kepimpinan baharu yang dipilih perwakilan perlu memainkan peranan penting dalam memastikan PKR terus menjadi parti induk dalam pentadbiran kerajaan pada masa akan datang.

“Setelah melalui proses yang mencabar dan getir, kita kini berada di titik akhir bagi memuktamadkan Kongres Nasional. Ini bermakna kita telah membentuk satu lapisan kepimpinan baharu untuk memikul harapan anggota parti serta rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, hari ini.

Amirudin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor berkata kepimpinan baharu juga perlu bersedia memastikan PKR kekal relevan dalam kerajaan serta mendukung kepimpinan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk penggal kedua sebagai Perdana Menteri.

Baca artikel lain: Ramanan tekad pastikan PKR terus jadi peneraju perubahan

Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan pula menekankan kepentingan semua ahli parti menguasai semula naratif dan persepsi di media sosial menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Beliau berkata selepas menjadi kerajaan, parti itu menjadi terlalu selesa sehingga mengabaikan aspek komunikasi strategik di platform digital sekali gus mendedahkan parti kepada fitnah oleh pihak lawan.

“Saya yakin dengan strategi yang betul dan gerak kerja tersusun, kita mampu menawan kembali medan media sosial serta membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan dalam PRU16 dan memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Datuk Seri Aminuddin Harun pula mencadangkan agar tiga isu utama yang menimbulkan keresahan rakyat, iaitu pelaksanaan e-invois, penyelarasan subsidi gas untuk peniaga kecil dan penyelarasan harga petrol ditangani segera oleh kerajaan.

Beliau berkata kesemua isu berkenaan berisiko menggugat sokongan rakyat jika tidak ditangani secara cermat menjelang PRU akan datang.

Seorang lagi Naib Presiden Chang Lih Kang pula menyeru seluruh ahli PKR kembali memberi tumpuan kepada usaha memenangi PRU16 serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

“Fokus kita sebagai parti politik adalah untuk menang pilihan raya. Kita perlu bekerja keras memastikan PKR kekal dalam kerajaan pusat dan Presiden kita terus menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut mencabar sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk segera memulakan gerak kerja di kawasan sukar yang masih belum dikuasai oleh PKR.

Sementara itu, Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata setiap ahli PKR bertanggungjawab memberi penerangan yang berkesan mengenai dasar serta inisiatif yang dilaksanakan kerajaan memandangkan terdapat rakyat yang masih tidak mengetahui manfaat disediakan.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek pula mengingatkan kepada semua ahli supaya terus setia dan meletakkan kepercayaan penuh kepada kepimpinan baharu bagi membawa parti ke arah yang lebih gemilang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri Proton X70 terbabas langgar pembahagi jalan di LPT2

SEORANG wanita putus kaki sebelah kiri sebelah kereta jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer...

More Articles Like This