Ramanan tekad pastikan PKR terus jadi peneraju perubahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DATUK Seri R Ramanan yang berjaya dipilih sebagai antara empat Naib Presiden PKR bertekad untuk memastikan parti itu terus menjadi peneraju perubahan di negara ini.

Dalam hantaran di Facebook, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, beliau juga akan terus membawa suara rakyat dan menjunjung nilai-nilai keadilan.

Menurut Ramanan, visi dan misinya adalah untuk membawa suara Malaysia MADANI ke pentas nasional dengan semangat reformasi yang tidak pernah luntur.

“Ini bukan sekadar satu kemenangan peribadi tetapi satu amanah besar yang akan saya pikul dengan penuh tanggungjawab, keikhlasan dan dedikasi.

“Keadilan bukan sekadar parti, ia adalah rumah perjuangan kita bersama. Parti kita, rumah kita.

“Kita adalah keadilan. Perjuangan ini adalah perjuangan bersama. Demi rakyat, demi masa depan Malaysia, kita terus melangkah dengan yakin dan teguh,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Tewas jawatan Naib Presiden PKR, Nik Nazmi tekad terus berkhidmat untuk tanah air

Dalam pada itu, Ramanan menyeru semua pihak merapatkan kembali saf dan melangkah ke hadapan dengan semangat utuh di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kini adalah masa untuk kita memperkukuh parti, memperkasa idealisme perjuangan dan memastikan Keadilan kekal sebagai wadah utama rakyat yang menjunjung prinsip Malaysia Madani.

“Saya amat menghargai segala bentuk sokongan, mandat dan kepercayaan yang telah diberikan oleh para perwakilan,” katanya.

Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi satu-satunya pemenang yang bukan penyandang dalam kalangan empat Naib Presiden baharu PKR.

Tiga penyandang itu adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Aminuddin menang selepas memperoleh 7,955 undi di tempat pertama, diikuti Ramanan (5,895 undi); Aminuddin (5,889 undi) serta 5,757 undi diperoleh Lih Kang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This