NAIB Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan bahawa Datuk Seri Rafizi Ramli telah pulang ke Kuala Lumpur pada Sabtu.
“Semalam, selepas selesai pengumuman keputusan rasmi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), saya mengajak Rafizi untuk minum dan makan bersama.
“Banyak perkara dibincangkan, termasuk luahan hati kami berdua. Rafizi pada awalnya memaklumkan akan hadir pada hari terakhir Kongres Nasional hari ini.
Baca artikel lain: Lawatan rasmi PM Laos, Vietnam ke Malaysia kukuh kerjasama dua hala, perpaduan ASEAN
“Namun, pagi ini beliau memaklumkan bahawa beliau sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan kini sudah selamat tiba,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Aminuddin berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Kongres Nasional PKR 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, hari ini.
Sebelum itu, media melaporkan ketiadaan Rafizi yang tewas dalam saingan jawatan Timbalan Presiden PKR pada hari terakhir Kongres Nasional PKR 2025 telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan perwakilan.
Keputusan rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi penggal 2025–2028 yang diumumkan pada malam Jumaat menyaksikan Nurul Izzah Anwar memperoleh 9,803 undi menewaskan Rafizi yang meraih 3,866 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

