MAJLIS Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) harus memainkan peranan penting dalam mengemukakan pandangan dan cadangan strategik yang memperhalusi dasar bagi meningkatkan perdagangan intra-ASEAN yang berjumlah hanya kira-kira 20 peratus ketika ini.
Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN dalam sesi Libat Urus Pemimpin ASEAN bersama wakil ASEAN-BAC sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, hari ini.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menegaskan, dunia hari ini menuntut supaya ASEAN membina daya tahan yang kukuh sama ada di peringkat nasional mahu pun dalam kerangka serantau.
Menurut beliau, ASEAN perlu bersiap siaga menghadapi cabaran seperti ketidaktentuan geopolitik, perubahan iklim dan tekanan ekonomi global yang semakin meruncing.
“Justeru, kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta amat penting untuk memperkukuh inovasi, memperluas perdagangan serta pelaburan intra-ASEAN dan menjamin kemakmuran yang lebih saksama serta mampan kepada seluruh negara anggota.
Baca artikel lain: ASEAN lancar visi 2045 tangani trend mega, perkukuh keselamatan dan keterangkuman
“ASEAN-BAC harus memainkan peranan penting dalam mengemukakan pandangan dan cadangan strategik yang memperhalusi dasar serta mempercepat usaha menjayakan agenda integrasi ekonomi serantau,” katanya.
Ketua-Ketua Negara yang hadir pada acara tersebut termasuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Indonesia, Prabowo Subianto; Perdana Menteri Kemboja Hun Manet; Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone; Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh; Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr; Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong; dan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra.
Turut hadir ialah Perdana Menteri Timor-Leste Xanana Gusmão sebagai Pemerhati dan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.
Tahun ini merupakan kali kelima Malaysia mempengerusikan blok serantau itu, setelah pernah memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Sempena sidang kemuncak itu, dua acara peringkat tinggi turut diadakan iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Ke-2 serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung kalinya diadakan, yang berfungsi sebagai platform strategik untuk memajukan kerjasama serantau dan antara rantau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

