MWA! nyanyian Dolla tarik perhatian peminat antarabangsa

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUMPULAN Dolla kembali menggegarkan industri muzik dengan single terbaharu mereka, “MWA!” selepas hampir setahun menyepi. Dengan sentuhan rentak eksperimental dan inspirasi Brazilian funk, MWA! kini mencuri perhatian peminat seluruh dunia.

Menurut Dolla, idea lagu terbabit hadir sebagai kesinambungan kepada Damelo tetapi kali ini dengan unsur lebih segar dan Latin.

“Kami peminat tegar muzik Brazil dan sangat mengagumi Anitta. Dari situ, tercetus idea untuk hasilkan lagu berinspirasikan Brazilian funk yang boleh membawa sesuatu yang baharu ke pasaran muzik Malaysia,” kongsi mereka.

Usaha mereka jelas membuahkan hasil. Sejak dilancarkan, MWA! telah meraih beberapa pencapaian penting, termasuk membuat kemunculan sulung di tangga ke-6 dalam Carta RIM Malaysia dan meraih 1 juta tontonan di YouTube dalam masa beberapa minggu sahaja.

Lagu ini juga mendapat sambutan hangat di media sosial, dengan peminat dan pencipta tarian dari Brazil, Thailand dan Amerika Syarikat turut serta dalam trend tarian MWA! yang kini tular.

Lebih menarik, video muzik MWA! turut dipaparkan secara eksklusif menerusi papan iklan LED gergasi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kumpulan ini juga telah mengadakan acara peminat seperti MWA! Heist di Bukit Bintang, dengan satu lagi acara bakal berlangsung di IOI City Mall.

“Kami sangat gembira melihat sambutan yang hangat dari seluruh dunia, dan berharap dapat terus mengembangkan Dolla dan MWA! di peringkat antarabangsa serta membawa nama M-pop lebih jauh,” ujar mereka.

Malah, sambutan yang diterima daripada peminat Brazil turut mengejutkan mereka. “Kami terharu dengan komen positif yang kami terima. Rakyat Brazil sangat baik dan menyokong. Sebagai peminat muzik Brazil, kami amat menghargai sambutan hangat ini,” katanya.

Dengan gerakan tarian MWA! yang menjadi ikutan ramai penari dan pencipta kandungan di seluruh dunia, Dolla terus membuktikan bahawa muzik Malaysia mampu melangkaui sempadan.

“Kami amat menghargai semua sokongan dan sangat teruja melihat ramai yang menyahut cabaran tarian MWA!. Teruskan sokongan anda!”

Sempena kejayaan Operation MWA! di Bukit Bintang pada 10 Mei 2025, Dolla kembali dengan misi yang lebih mendebarkan, kali ini di IOI City Mall Putrajaya pada 25 Mei 2025.

MWA! Heist #2 menjemput para peminat untuk merasai sendiri pengalaman dunia muzik video MWA!, manakala segmen Random Dance Play memberi peluang kepada peminat untuk menari dan mengekspresikan diri dengan lagu-lagu trending kegemaran mereka.

Antara tarikan utama acara ini ialah Dolla: Most Wanted Ace — sebuah pertunjukan bakat di mana para peminat yang berbakat dalam tarian, nyanyian, dan rap berpeluang mempersembahkan kebolehan mereka di hadapan pihak pengurusan tertinggi Universal Music Malaysia. Tiga peserta terbaik membawa pulang barangan eksklusif Dolla.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This