MALAYSIA dan Brunei beriltizam memperkukuhkan hubungan berteraskan amanah, saling percaya dan kesepakatan dalam mendepani cabaran serantau serta global.
Perkara itu antara yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diperkenan menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
“Dalam suasana penuh hormat, kami menzahirkan iltizam bersama untuk memperkukuh hubungan istimewa Malaysia dan Brunei berteraskan amanah, saling percaya dan kesepakatan dalam mendepani cabaran serantau serta global.
“Hubungan ini bukan sekadar diplomasi tetapi ikatan persaudaraan yang berakar dalam sejarah dan diperkukuh oleh kejujuran serta tekad bersama untuk menjamin kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya di menerusi hantaran di Facebook.
Pada masa sama, Perdana Menteri berharap hubungan baik itu akan terus dipelihara demi masa depan yang lebih makmur.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

