Lelaki ragut rantai wanita di Pekan Rawang direman 7 hari

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG lelaki direman tujuh hari selepas cubaan meragut rantai emas milik seorang wanita digagalkan suami kepada mangsa dalam kejadian Ahad lalu di Pekan Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mangsa berusia 45 tahun itu diragut ketika hendak memasuki kereta selepas selesai membeli barang.

Katanya, dalam kejadian sekitar jam 5.25 petang itu, suspek bertindak merentap rantai emas mangsa sebelum cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun suspek berjaya ditahan oleh suami mangsa berusia 55 tahun dengan bantuan orang awam.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan lutut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, siasatan mendapati kegiatan itu dilakukan suspek berusia 31 tahun bersama seorang lagi rakannya yang melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

Katanya, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan sementara polis kini sedang giat memburu suspek yang masih bebas.

Beliau menyeru saksi dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hakimie Razally di talian 011-33352585 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This