Peletakan jawatan Rafizi, Nik Nazmi jadikan negara kehilangan pemimpin progresif dan futuristik – Akmal Nasir

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PELETAKAN jawatan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad membuatkan negara kehilangan pemimpin yang progresif dan futuristik.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, walaupun keputusan itu berat dan sukar diterima tetapi langkah Rafizi dan Nik Nazmi itu menunjukkan mereka tetap berpegang teguh kepada prinsip serta kata-kata.

Akmal Nasrullah yang juga Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, Rafizi dan rakan-rakan seperjuangannya cekal mempertahankan asas perjuangan parti sepanjang tempoh kempen Pemilihan PKR lalu.

Menurut beliau, perkara itu dilakukan walaupun terpaksa menongkah arus melalui Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK).

“Sejujurnya, bukan sahaja parti tetapi negara kehilangan pemuka hadapan (front face) yang progresif dan futuristik.

“Segala tunjuk ajar serta teladan yang diberikan Saudara Rafizi akan terus menjadi pedoman untuk saya menjalankan amanah dan tugas dalam masa yang berbaki ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah yang berjaya mengekalkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata, roh semangat perjuangan Rafizi dan Nik Nazmi akan terus bersama tatkala negara akan terus menghadapi cabaran yang sukar pada masa akan datang.

“Akhirnya, Allah dan rakyat juga akan menjadi hakim kepada amalan, usaha dan pendirian yang kita ambil selaku pemimpin politik.

“Kita berdoa ke hadrat Allah agar terus diberikan kekuatan dalam menempuh ujian kuasa amat berat ini,” katanya.

Baca artikel lain: ‘Rafizi, Nik Nazmi masih bercuti’, PM belum fikir rombakan Kabinet

Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan serta mengundurkan diri sebagai anggota Kabinet.

Ia susulan kekalahan mereka dalam pemilihan PKR, baru-baru ini.

Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa kalah dalam pemilihan sebagai Naib Presiden.

Rafizi mengumumkan meletak jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun 2025, manakala Nik Nazmi pula berkuat kuasa pada 4 Julai 2025.

Namun kedua-duanya menghabiskan baki cuti tahunan bermula pada 28 Mei sehingga Jun dan Julai depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan mengesahkan bahawa Anwar telah menerima surat dan meluluskan permohonan cuti daripada kedua-dua menteri itu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak mengulas mengenai pengunduran diri mereka daripada menganggotai Kabinet dan sebarang keputusan akan dimaklum semula.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This