Cklamovski anggap seri dengan Cape Verde petanda kemajuan Harimau Malaya

Dari Penulis

KETUA jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski menyifatkan keputusan seri 1-1 menentang Cape Verde dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 sebagai petunjuk jelas bahawa skuad Harimau Malaya sedang menunjukkan kemajuan positif.

Jurulatih dari Australia berusia 46 tahun itu berkata persembahan dipamerkan anak buahnya ketika menyaingi pasukan di kedudukan ke-72 dunia mencerminkan hasil kerja keras yang dilakukan skuad kebangsaan ketika ini.

“Bagi kami, fokus sangat jelas terhadap apa yang sedang diusahakan sebagai satu pasukan dan aksi malam ini (tadi) membuktikannya.

“Ia mencerminkan setiap hari yang kami lalui bersama – cara kami berlatih, mentaliti ketika latihan dan juga di luar padang. Kami mengekalkan tahap tertinggi dan standard terbaik setiap hari dengan pemikiran untuk sentiasa menjadi lebih baik,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Dalam aksi itu, Cape Verde terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Sidny Lopes Cabral seawal minit kelapan sebelum penyerang gantian, Paulo Josue menyamakan kedudukan pada minit ke-79, sekali gus menyelamatkan maruah skuad negara di hadapan ribuan penyokong.

Baca artikel lain: Cape Verde uji Harimau Malaya sebelum aksi lawan Vietnam

Sementara itu, ketua jurulatih Cape Verde, Pedro Leitao Brito, tetap berpuas hati dengan keputusan tersebut memandangkan barisan pemainnya dibarisi 12 muka baharu.

“Kami sangat gembira dengan perlawanan ini. Ia satu cabaran yang baik untuk kedua-dua pasukan. Saya rasa kedua-duanya memiliki peluang menjaringkan gol, namun keputusan ini memadai memandangkan kami menurunkan 12 pemain yang buat kali pertama beraksi untuk pasukan kebangsaan,” katanya.

Malaysia dijadualkan menentang Cape Verde sekali lagi dalam aksi persahabatan kedua yang akan berlangsung secara tertutup di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 3 Jun ini.

Dua aksi persahabatan menentang Cape Verde itu merupakan persiapan skuad negara menjelang pertemuan menentang Vietnam dalam aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 yang turut berlangsung di SNBJ pada 10 Jun.

Malaysia dan Vietnam kini berkongsi kedudukan teratas kumpulan dengan tiga mata selepas masing-masing mencatat kemenangan dalam aksi pertama.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This