Malaysia, Indonesia setuju perkukuh kerjasama BERNAMA dan ANTARA – Fahmi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MALAYSIA dan Indonesia bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama strategik di antara BERNAMA serta ANTARA dalam menghadapi landskap maklumat masa kini yang kian mencabar dan saling bergantung di peringkat serantau.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dicapai hasil pertemuan beliau dengan Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Viada Hafid di Tokyo.

Katanya, kerjasama di antara dua agensi berita tersebut merangkumi pertukaran bahan berita, liputan rentas sempadan serta perkongsian sumber dan latihan profesional.

“Ini penting dalam memastikan kedua-dua agensi kekal relevan, berwibawa dan berupaya menyampaikan maklumat yang tepat serta seimbang kepada rakyat di negara masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Sultan Selangor titah masjid baca doa khas mohon kesembuhan Sultan Brunei

Pada masa sama, Fahmi berkata, kedua-dua pihak turut menekankan peranan penting Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) dalam mempererat hubungan media kedua-dua negara.

Jelasnya, ISWAMI bukan sahaja menjadi jambatan memperkukuh jaringan wartawan profesional, tetapi juga memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pemahaman dan persefahaman dalam kalangan rakyat melalui penceritaan.

“Berbekalkan semangat kejiranan dan nilai bersama yang utuh, kami percaya Malaysia dan Indonesia mampu terus memperluas kerjasama dalam bidang komunikasi demi kepentingan dan kebaikan rakyat kedua-dua negara,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This