SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan masjid-masjid di seluruh negeri Selangor membacakan doa khas bagi memohon kesembuhan buat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Doa khas itu dibacakan selepas solat Jumaat hari ini.
Doa khas berkenaan turut dimuat naik ke laman Facebook Selangor Royal Office.
Berikut doa khas bagi memohon kesembuhan buat Sultan Hassanal Bolkiah:
DOA KHAS MEMOHON KESEMBUHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG Dl-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Baca artikel lain: Sultan Brunei dalam keadaan stabil dan baik – PMO
Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami menadah tangan memohon kepada-Mu dengan penuh pengharapan dan kerendahan hati agar dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan, kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah lbni Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), dalam siri lawatan Baginda bagi memenuhi tanggungjawab sebagai ketua negara, berangkat ke Sidang Kemuncak ASEAN kali ke-46 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ya Allah, sembuhkanlah Baginda dengan kesembuhan yang sempurna, janganlah Baginda diuji dengan sebarang penyakit melainkan ia berakhir dengan kesembuhan, bekalkanlah Baginda dengan kekuatan dan semangat, panjangkanlah umur Baginda dalam keimanan dan ketaatan, supaya Baginda dapat terus berkhidmat untuk kepentingan Islam dan
seluruh umat Muslimin.
Amin Yarabbal Alameen ~
Sultan Brunei sebelum ini dilaporkan berehat di Institut Jantung Negara (IJN) ibu negara kerana keletihan dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Baginda berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

