PARTI Keadilan Rakyat (PKR) belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk menyertai parti itu, setakat ini.
Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh yang mengesahkan perkara berkenaan berkata semua permohonan keanggotaan PKR perlu dilakukan secara dalam talian.
“Setiap permohonan akan melalui proses biasa iaitu selepas permohonan dibuat secara dalam talian, ia akan diproses dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Baca artikel lain: Sultan Selangor titah masjid baca doa khas mohon kesembuhan Sultan Brunei
“Permohonan tersebut akan dipertimbangkan sewajarnya sebelum keputusan dibuat dengan mengambil kira pelbagai sudut pandang termasuk daripada rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan serta pendapat akar umbi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata PKR mendoakan agar Tengku Zafrul yang akan menunaikan ibadah haji selamat pergi dan kembali serta memperoleh haji yang mabrur.
Semalam Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menerusi kenyataan di Facebook mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO serta menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

