Rafizi sedang tertekan, akan lari tinggalkan PKR, kata Lum Yong

Dari Penulis

BEKAS Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli disifatkan sedang berada dalam keadaan tertekan selepas pelbagai pihak melabelkan beliau sebagai menteri paling gagal, kata salah seorang pengasas parti itu, Ng Lum Yong.

Lum Yong berkata, tindakan bekas Menteri Ekonomi itu yang mengkritik apa sahaja dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan tidak betul. 

Menurut Lum Yong, Rafizi seharusnya bersikap gentleman selepas tidak lagi menyokong Anwar. 

“Tindakan ini tidak betul. Sebagai seorang ahli politik, Rafizi mesti ‘gentleman‘.

“Rafizi tidak wajar mengkritik semuanya selepas tidak lagi menyokong Anwar,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Lum Yong meramalkan Rafizi akan cuba untuk mencipta naratif politik baharu selepas kegagalan beliau dalam PKR untuk menunaikan janji-janji manifesto PRU16.

“Beberapa inisiatif besar yang diperkenalkan termasuk Pangkalan Data Utama (PADU) serta projek mesin layan diri bernilai ratusan juta ringgit turut gagal menunjukkan impak yang positif dan konsisten.

“Rafizi akan tinggalkan PKR,” katanya.

Baru-baru ini, Rafizi mendakwa naratif yang melabelkan dirinya sebagai ‘menteri paling gagal’ merupakan satu gerakan terancang yang disusun oleh kumpulan berpengaruh tertentu untuk mengalihkan perhatian orang ramai.

Rafizi turut menamakan beberapa individu yang menurutnya digunakan untuk mengulangi serangan tersebut, termasuk Lum Yong; aktivis politik, Faizan Mohd Noor; serta bekas calon pilihan raya negeri Sarawak, Mahmud Epah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This