Polis giat kesan individu terlibat kes gaduh di Dataran Merdeka

Dari Penulis

POLIS giat mengesan suspek insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan individu sebagaimana tular di Facebook yang dipercayai berlaku di Dataran Merdeka, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata lanjutan siasatan daripada video tular itu, pihaknya telah membuat satu laporan maklumat pertama (FIR).

“Satu laporan maklumat pertama telah dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Baca artikel lain: Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur – Anwar

“Usaha mengesan mereka yang terlibat sedang dalam tindakan pihak polis,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Semalam, Sulizmie Affendy dilaporkan berkata polis sedang menyiasat kejadian terbabit dan semakan mendapati tiada laporan diterima setakat ini.

Video tular berdurasi 23 saat itu menunjukkan beberapa lelaki terlibat dalam pergelutan di Dataran Merdeka dengan ada yang membaling topi keledar sambil disaksikan sekumpulan penunggang serta pembonceng motosikal.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This