Anggota polis mengawalkan keadaan pada Himpunan #Turun bagi memprotes kenaikan harga barang di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

HIMPUNAN membantah kenaikan harga barang di ibu negara hari ini dihalang daripada berarak ke Dataran Merdeka.

Memetik laporan Astro Awani, kira-kira 250 mahasiswa dan wakil parti politik berkumpul di hadapan Kompleks Beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada pukul 2 petang tadi.

Bantahan yang dikenali dengan ‘Himpunan #Turun’ itu dilaporkan mahu berarak ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, kumpulan itu dihalang puluhan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkawal di sekitar lokasi perhimpunan.

Peserta himpunan berkenaan kemudiannya mengadakan perbincangan dengan polis dan dibenarkan berhimpun di hadapan pusat beli-belah tersebut.

Sebahagian daripada peserta berhimpun pada Himpunan #Turun bagi memprotes kenaikan harga barang di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: Perhimpunan jalanan bukan cara cari penyelesaian – Sultan Johor

Antara yang hadir dalam perhimpunan itu, ahli Jawatankuasa Turun, Amir Abd Hadi, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli dan wakil Gerakan Mahasiswa, Aliff Naif.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini, kumpulan itu mengemukakan lima tuntutan kepada kerajaan iaitu memotong gaji menteri, meneruskan subsidi kerajaan, menyampaikan bantuan sewajarnya kepada rakyat, mengawal harga barang dan menangani isu keselamatan makanan.

Anggota polis mengawalkan keadaan pada Himpunan #Turun bagi memprotes kenaikan harga barang di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Amir ketika berucap turut mengingatkan orang ramai tentang bagaimana segelintir wakil rakyat baru-baru ini menikmati kenaikan gaji sedangkan rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup.

“Adakah adil bila rakyat sangat perit, kita kemudian mendengar berita menteri mendapat kenaikan gaji? Macam mana ini adil?,” soalnya.

Himpunan tersebut kemudiannya bersurai tepat pukul 3 petang tadi.

Sebahagian daripada peserta berhimpun pada Himpunan #Turun bagi memprotes kenaikan harga barang di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada peserta berhimpun pada Himpunan #Turun bagi memprotes kenaikan harga barang di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram