Projek perumahan terbengkalai lebih 10 tahun di Taman Permata Layang berjaya diselesaikan – Onn Hafiz

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENANTIAN pembeli projek Taman Permata Layang di Simpang Renggam selama lebih 10 tahun akhirnya berakhir selepas menerima Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR), semalam.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan, projek yang melibatkan 47 unit rumah mampu milik bermula serendah RM42,000 seunit di Taman Permata Layang itu berjaya diselesaikan.

Beliau yang berkesempatan menyampaikan SLMR kepada penerima yang sekian lama menanti untuk memiliki kediaman sendiri.

“Insya-Allah, ini menjadi titik mula kepada kehidupan baru yang lebih baik dan bermakna buat mereka.

“Secara peribadi, projek ini sangat dekat di hati saya kerana ia berada dalam kawasan saya sendiri, di Simpang Renggam dan telah saya perjuangkan sejak mula menjadi wakil rakyat.

Baca artikel lain: Onn Hafiz kecewa Rumah Pesona Johor lewat siap, arah kontraktor lebih proaktif

“Proses untuk menyelesaikannya bukan mudah, ia memerlukan pelbagai intervensi, turun padang, pengurusan terperinci dan kerjasama erat antara pelbagai agensi,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, Kerajaan Negeri Johor akan terus komited memastikan setiap projek yang sakit dan terbengkalai diberikan perhatian yang sewajarnya.

Katanya, ia bagi menjamin isu tersebut tidak lagi berulang.

“Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak penyelesaian bagi projek-projek terbengkalai di seluruh Johor,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor serta semua pihak yang terlibat, termasuk Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Pejabat Daerah Kluang, dan Majlis Daerah Simpang Renggam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This