SEORANG warga emas maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Viva dan pacuan empat roda di Taman Teluk Merbau, Sepang, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar jam 8.50 malam tadi.
Katanya, seramai sembilan orang anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang digegaskan ke lokasi kejadian kira-kira 16 kilometer dari balai.
“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan dua Perodua Viva dan Ford Ranger.
“Terdapat lima orang mangsa. Seorang wanita berusia 70 tahun meninggal dunia, dua wanita berusia 20-an cedera parah di bahagian kepala dan badan.
“Seorang lelaki berusia 20-an dan 55 tahun cedera ringan di bahagian lutut dan kedua belah tangan.

Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

