PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Malaysia atas sokongan diberikan kepada skuad Harimau Malaya.
Katanya, sokongan yang diberikan telah membolehkan negara menamatkan badi 11 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam malam tadi menerusi kemenangan 4-0.
Pada masa sama, FAM menjelaskan kerajaan memainkan peranan penting dalam meluluskan kemasukan pemain warisan sehingga dibenarkan untuk beraksi pada perlawanan kedua Kumpulan F, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2027.
“Selain bantuan kewangan menerusi peruntukan khas kepada skuad Harimau Malaya, kerajaan Malaysia turut banyak membantu sebagai pemudah cara dalam urusan dokumentasi pemain-pemain warisan baharu.
Baca artikel lain: Polis nasihat pemandu bas tidak keluar sebarang kenyataan, elak ganggu siasatan
“Sokongan penuh daripada kepimpinan tertinggi negara ini serta para penyokong diharap akan berterusan bagi memastikan prestasi skuad Harimau Malaya terus meningkat pada aksi-aksi antarabangsa yang akan datang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Revolusi skuad bola sepak Malaysia mula menampakkan hasil selepas mencatat kemenangan ke atas Vietnam 4-0 pada perlawanan Kumpulan F kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Percaturan Peter Cklamovski yang diberikan lampu hijau membariskan pemain warisan baharu turut menyumbang kepada kejayaan pasukan negara sekali gus menamatkan kemarau 11 tahun untuk menewaskan pasukan Naga Emas itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

