Perluasan skop SST pendekatan bersasar, elak beban kepada majoriti rakyat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PELAKSANAAN perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuat kuasa 1 Julai ini disifatkan sebagai pendekatan bersasar untuk mengelakkan beban kepada majoriti rakyat.

Pensyarah Kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, pendekatan dilaksanakan Kerajaan MADANI itu dilihat seimbang kerana menyasarkan hasil tambahan tanpa membebankan pengguna asas.

Menurut beliau, cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebelum ini merupakan cukai merentas semua barangan dan perkhidmatan termasuk keperluan asas.

Sebaliknya, Abu Sofian berkata, SST baharu yang akan dilaksanakan ini produk pilihan mewah dan perkhidmatan bukan asas sahaja.

“Barangan keperluan asas tetap bebas cukai. SST versi baharu ini juga lebih bersasarkan keupayaan pembayaran pengguna.

“Ia mengekalkan asas SST tetapi diperhalusi dengan pengecualian tertentu agar lebih adil dan terarah,” katanya kepada UtusanTV.

Mengulas lanjut, Abu Sofian berkata, pelaksanaan perluasan SST menerusi pengecualian barangan asas dan hanya mengenakan cukai pada barangan pilihan dan perkhidmatan bukan keperluan ialah prinsip progresif.

Baca artikel lain: Belanjawan 2025: SST dilaksana secara progresif, tidak bebankan rakyat

Katanya, individu yang membeli atau menggunakan lebih akan menanggung lebih banyak cukai sementara majoriti rakyat tidak terbeban.

“Dilihat sebagai lebih adil kerana mengikut prinsip ‘pembayar kemampuan tinggi membayar lebih’.

“Hasil yang dikutip kerajaan sebanyak RM5 bilion menerusi perluasan SST itu juga akan memperkukuh kedudukan fiskal kerajaan.

“Boleh digunakan untuk membiayai program bantuan B40, infrastruktur, perkhidmatan awam dan keselamatan jangka panjang.

“Langkah ini lebih sesuai daripada menganggarkan defisit atau risiko inflasi melalui pinjaman yang melampau,” katanya.

Pelaksanaan semakan dan perluasan skop SST yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 akan berkuatkuasa mulai 1 Julai ini.

Barangan pilihan tertentu seperti ‘king crab’, salmon, kod, cendawan truffle, buah-buahan import, essential oil, kain sutera dan jentera industri akan dikenakan cukai jualan itu.

Kementerian Kewangan memaklumkan bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian bagi menambah baik mutu jaringan keselamatan sosial tanpa membebankan rakyat terbanyak.

Menurut Kementerian Kewangan, beberapa barangan pilihan premium dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus seperti basikal lumba dan lukisan tangan antik.

Sementara barangan keperluan asas harian berkadar sifar peratus kekal bagi ayam, lembu, kambing, ikan, udang, sotong, sayuran, buah-buahan tempatan, beras, barli, oat, gandum, tepung, sardin tin, gula, garam, roti putih, pasta, bihun, mi, mi segera, susu, minyak masak, ubat, peranti perubatan, buku, jurnal, surat khabar dan makanan peliharaan.

Cukai jualan sifar peratus juga kekal bagi bahan asas pembinaan seperti simen, batu dan pasir serta input sektor pertanian seperti baja, racun, jentera pertanian dan penternakan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This