POLIS kini giat memburu seorang lelaki warganegara Myanmar yang dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh di sebuah rumah sewa di Jalan Kemajuan, Tangkak, pukul 7 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd. Talib, berkata, lelaki yang diburu ialah Cho Min Tun berusia 24 tahun.
“Dia juga merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebarang maklumat boleh disalurkan di talian Hotline IPD Tangkak di talian 06-9785222 atau menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-2699573.

