PM minta laporan lengkap kebakaran SM Sains Alam Shah disediakan segera

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya laporan siasatan lengkap kejadian kebakaran di Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah, Cheras disediakan dalam kadar segera.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, penyediaan laporan itu perlu disegerakan supaya segala bentuk bantuan dan pemulihan dapat disalurkan dengan pantas dan berkesan.

Beliau yang berkesempatan melawat SM Sains Alam Shah selepas solat Jumaat, petang tadi turut menyifatkan kejadian itu menyentuh hatinya.

“Ia bukan sahaja memberi kesan kepada prasarana sekolah tetapi juga kepada semangat murid-murid dan warga pendidik yang begitu komited dalam usaha membina masa depan generasi muda.

“Semoga seluruh warga sekolah, para pelajar, guru dan staf terus diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

“Insya-Allah, kita akan pastikan usaha pemulihan dilaksanakan sebaik mungkin demi kesinambungan pendidikan anak-anak kita,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Keutamaan kerajaan pastikan kesedaran prinsip tatakelola terus dipupuk, diperkasa – PM

Terdahulu, Anwar meluangkan masa meninjau lokasi bangunan pentadbiran SM Sains Alam Shah di Cheras yang musnah dalam kebakaran awal pagi Selasa lepas.

Anwar tiba kira-kira pukul 2.25 petang dan diberi taklimat selama kira-kira 20 minit oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat berhubung laporan kejadian.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Perdana Menteri turut melawat tapak cadangan pembinaan bilik guru sementara serta beramah mesra dengan para pelajar dan warga pendidik sekolah berkenaan.

Selasa lepas Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 4.15 pagi.

Kenyataan itu memaklumkan tingkat tiga bangunan berkenaan yang antara lain menempatkan bilik guru, bilik mesyuarat, bilik fail, makmal dan beberapa bilik lain di SM Sains Alam Shah musnah dalam kebakaran, namun tiada mangsa terlibat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This