Keutamaan kerajaan pastikan kesedaran prinsip tatakelola terus dipupuk, diperkasa – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN mengutamakan kesedaran mengenai nilai dan prinsip tatakelola terus dipupuk dan diperkasakan sejak usia muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook berkata, kesedaran mengenai nilai dan prinsip tatakelola itu bukan sekadar membentuk individu berintegriti.

Kata beliau, ia juga mampu melahirkan generasi pewaris kepimpinan negara yang membawa aspirasi rakyat dengan penuh amanah dan profesionalisme.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu dibangkitkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan, hari ini.

“Saya telah menyentuh beberapa perkara penting yang berkait rapat dengan usaha memperjuangkan pembaharuan dan memperkukuh amalan tadbir urus yang baik di semua peringkat,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Kerajaan sedia berikan projek bantu Koperasi PDRM – PM

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, penekanan turut diberikan terhadap peranan golongan muda termasuk remaja dan belia.

Jelasnya, ia penting dalam memahami serta menghayati kepentingan integriti, akauntabiliti dan kebertanggungjawaban dalam pentadbiran dan kepimpinan.

“Usaha ini antara lainnnya dilaksanakan melalui pendekatan strategik melibatkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) serta pihak berkepentingan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This