PKR Sarawak perlu terus diperkukuh hingga ke peringkat akar umbi – Anwar

Dari Penulis

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru barisan kepimpinan PKR Sarawak supaya terus mengukuhkan kekuatan parti itu hingga ke peringkat akar umbi selepas pemilihan Mei lepas.

Beliau berkata, kekuatan akar umbi PKR harus dirangkul dengan semangat perpaduan dan perjuangan.

Anwar juga mengingatkan mereka yang menang dalam pemilihan lepas supaya tidak angkuh sebaliknya perlu bekerjasama dengan semua pihak termasuk yang tewas.

“Setiap daripada kita punya peranan dan kekuatan tersendiri untuk terus bekerja demi rakyat.

“Usaha membina parti di Bumi Kenyalang bukan mudah namun dengan iltizam bersama, KEADILAN pasti mampu bertapak kukuh,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas Sesi Perjumpaan bersama Majlis Pimpinan PKR Sarawak, hari ini.      

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata amanah yang diberikan bukan milik mutlak sebaliknya merupakan tanggungjawab besar yang mesti dipikul pemimpin dengan jujur dan ikhlas.

“Kuasa dan kedudukan bukan lesen untuk bersenang-lenang atau menyalah guna amanah. Setiap pimpinan wajib menjunjung integriti, telus dalam tindakan dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis Shah Alam berjaya tahan suspek kes cabul, liwat remaja berusia 15 tahun

PIHAK polis berjaya menahan suspek kes cabul dan liwat melibatkan dua remaja berusia 15 tahun seperti yang tular di...

More Articles Like This