MALAYSIA bersedia menjadi tuan rumah kepada edisi ketiga Pameran dan Persidangan Pertahanan & Keselamatan Siber (CYDES 2025) yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 Julai ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, acara yang dianjurkan agensi itu dengan kerjasama Alpine Integrated Solution Sdn Bhd (AIS) membawa tema Memperkasa Daya Tahan Siber.
Menurut MKN, tema itu membawa satu mesej jelas tentang keperluan memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan siber negara.
“CYDES 2025 bakal menghimpunkan pemain utama industri siber, pembuat dasar, pakar teknologi serta pemimpin sektor awam dan swasta dari 25 buah negara, menjadikannya antara platform terpenting untuk membincangkan landskap keselamatan siber serantau.
“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggunakan pentas CYDES 2025 untuk menampilkan komitmen dalam memimpin agenda keselamatan siber.
“Malah kejayaan negara menduduki Tier 1 dalam Global Cybersecurity Index (GCI) 2024turut mempengaruhi kredibiliti, reputasi dan keyakinan global terhadap keupayaan Malaysia,” jelas MKN.
MKN menambah, dengan lebih 301 organisasi dari 27 negara, 8,000 pelawat perniagaan, 1,200 delegasi persidangan serta 40 sesi persidangan melibatkan 105 penceramah dari 12 negara, CYDES 2025 menawarkan bukan hanya perbincangan dasar malah peluang membina rangkaian, melihat demonstrasi teknologi dan membentuk kerjasama rentas negara dalam dunia siber yang semakin kompleks.
MKN memaklumkan, CYDES 2025 adalah platform strategik yang menyatukan penggerak dalam pemerkasaan teknologi, dasar dan keselamatan serantau.
Bagi individu atau pemain industri yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada usaha membentuk masa depan keselamatan siber di rantau ini, layari www.cydes.my untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

