Anwar bertemu peneraju industri pertahanan, tenaga Itali

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke Itali mengadakan sesi libat urus secara langsung bersama peneraju industri dan perniagaan utama negara itu di Rom, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan, sesi libat urus itu melibatkan pertemuan dengan peneraju industri sektor strategik seperti pertahanan dan tenaga.

Menurut Anwar, beliau mengadakan pertemuan dengan dua syarikat gergasi pertahanan Itali iaitu Fincantieri dan Leonardo.

Beliau berkata, pertemuan dengan dua syarikat yang turut menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025, baru-baru ini diadakan bagi memperkukuh prospek kerjasama jangka panjang.

Baca artikel lain: Malaysia hargai usaha Itali cari penyelesaian konflik di Gaza

“Saya tekankan pentingnya pendekatan antara kerajaan (G2G) bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di rantau Asia Tenggara,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau turut mengetuai delegasi Malaysia mengadakan pertemuan dengan syarikat tenaga Itali, ENI untuk membincangkan kerjasama bersama Petronas di Malaysia.

Katanya, pertemuan itu juga bagi meneroka peluang pelaburan baharu yang boleh dimanfaatkan secara bersama.

“Saya manfaatkan sesi ini untuk menegaskan bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan diyakini.

“Saya juga menyeru agar segala komitmen yang telah dizahirkan disusuli dengan tindakan konkrit agar pelaburan yang dirancang dapat direalisasikan dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This