Malaysia destinasi pelaburan berdaya saing, rakan dagang strategik – PM

Dari Penulis

LAWATAN rasmi ke tiga negara utama iaitu Itali, Perancis dan Brazil baru-baru ini berjaya mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelaburan berdaya saing serta rakan dagang strategik di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasil daripada rangkaian pertemuan berprofil tinggi dan perbincangan mendalam sepanjang lawatan itu Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan berbilion ringgit meliputi pelbagai sektor antaranya teknologi tinggi, aeroangkasa, tenaga mampan dan inovasi.

“Pelaburan berkualiti ini bukan sahaja memperkukuh asas ekonomi negara, malah berpotensi menjana peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat,” kata beliau menerusi hantaran di platform ‘X’ hari ini.

Sementara itu, di pentas BRICS, Anwar berkata Malaysia mendukung pendirian yang konsisten dan berprinsip dalam memperjuangkan kerjasama global yang lebih adil, saksama dan berteraskan keamanan sejagat.

“Penyertaan Malaysia dalam sidang ini membuka akses pasaran baharu kepada syarikat tempatan serta memperkukuh kedudukan negara dalam landskap geoekonomi dunia yang semakin mencabar dan dinamik,” kata Perdana Menteri.

Baca artikel lain: ASEAN raih penghormatan besar di pentas antarabangsa – PM

Anwar berkata diplomasi yang dilaksanakan bukan sekadar menjalin hubungan, tetapi membawa impak konkrit terhadap kesejahteraan rakyat dan kelangsungan masa depan negara.

“Ia mencerminkan pendekatan kerajaan MADANI yang berpandangan jauh, progresif dan berteraskan kepentingan nasional,” kata beliau.

Menurut Anwar, lawatan tersebut turut memperkukuh hubungan dua hala yang erat dan saling menguntungkan dengan rakan strategik di Eropah, Amerika Latin dan negara anggota BRICS, selain memperkasa peranan Malaysia dalam memantapkan agenda pembangunan negara Selatan Global.

“Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh delegasi Malaysia meliputi wakil kerajaan, agensi dan delegasi perniagaan yang telah melaksanakan setiap agenda dengan penuh profesionalisme dan komitmen tinggi.

“Langkah kita tidak akan terhenti di sini. Kita akan terus mara ke hadapan, membuka ruang kerjasama baharu dan membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang di persada dunia,” kata beliau.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya tidak pernah U-turn, pendirian tetap sama isu PTPTN, kata Adam Adli

"Saya tidak pernah rasa saya berubah pandangan, buat U-turn dan sebagainya. Saya keras dengan pandangan saya." Demikian penegasan Timbalan Menteri...

More Articles Like This