PM hargai sokongan China terhadap Konsensus Lima Perkara ASEAN berhubung Myanmar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan atas sokongan China terhadap Konsensus Lima Perkara ASEAN berhubung Myanmar.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri ketika menerima kunjungan hormat Menteri Luar China, Wang Yi di pejabatnya, hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut menegaskan kepentingan penyelesaian damai dalam isu Laut China Selatan berasaskan undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS).

Menurut Perdana Menteri, beliau dan Wang Yi turut membincangkan pelbagai aspek hubungan Malaysia-China yang terus diperkukuh.

“Ia dibuktikan menerusi lawatan negara Presiden (China), Xi Jinping ke Malaysia pada April lalu, yang menyaksikan pemeteraian 31 dokumen persefahaman dan perjanjian.

“China kekal rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut dengan dagangan mencecah AS$106 bilion pada 2024.

“Kami meneroka usaha merapatkan jurang dagangan dan memperluas kerjasama dalam pelabuhan, LNG, air, ekonomi digital dan teknologi hijau,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Pendidikan kekal jadi salah satu tonggak hubungan Malaysia-Australia – PM

Wang Yi kini berada di Malaysia bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung empat hari sejak Selasa lalu.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar.

Beliau berkata, perbincangan itu menyentuh mengenai persiapan lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif ke Malaysia tidak lama lagi di mana beberapa memorandum persefahaman (MoU) dijangka dimeterai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar. GAMBAR: Pejabat Perdana Menteri

“Alhamdulillah, nilai perdagangan Malaysia-Pakistan meningkat lebih 25 peratus tahun lalu kepada AS$1.76 bilion. Kedua-dua pihak senada memuktamadkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Lebih Rapat Malaysia-Pakistan (MPCEPA) dan turut membincangkan langkah memperluas eksport daging halal dari Pakistan dengan penekanan terhadap daya saing harga.

“Kami turut meneroka peluang baharu dalam bidang pertanian, termasuk perdagangan beras.

“Kami juga sempat bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan global, termasuk hubungan ASEAN-Pakistan serta isu Jammu dan Kashmir.

“Malaysia kekal menyokong penyelesaian secara aman melalui dialog sejajar dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB. Kami turut menggalakkan keterlibatan yang lebih erat antara Pakistan dan ASEAN pada masa hadapan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This