99 kawasan di Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor terlibat gangguan bekalan air

Dari Penulis

SEBANYAK 99 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual bermula hari ini.

Menurut Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan, gangguan bekalan itu berpunca daripada kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor yang dimulakan jam 9 pagi tadi.

“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada jam 3 pagi, pada Selasa dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, pada Rabu.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air,” katanya.

Mengulas lanjut, Air Selangor berkata, sebanyak 76 lori tangki telah mula digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

BERITA BERKAITAN Budaya minum air daripada pokok, tumbuhan ini dianggap suci dan pelindung daripada wabak penyakit

Katanya, bantuan bekalan air alternatif menerusi empat Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi terbabit.

“Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor Wilayah Petaling dan Wilayah Kuala Selangor.

“Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

“Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di https://hentitugas.airselangor.com/ serta menerusi aplikasi Air Selangor,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This