BINTANG global dancehall, Sean Paul, bakal menggegarkan Malaysia dengan tenaga luar biasa dan deretan lagu hitnya dalam sebuah konsert istimewa pada 10 Oktober hadapan.
Konsert yang dijangka menjadi salah satu acara muzik paling diingati tahun ini dianjurkan oleh Epic Elation dengan sokongan daripada Sound Innovations, Spike Productions, dan LFG Entertainment.
Kehadiran bintang antarabangsa ini menandakan kemunculan semula Sean ke Malaysia sejak kali terakhir hadir pada 2018.
Peminat boleh menjangkakan persembahan penuh bertenaga dengan lagu-lagu hit popular serta karya terbaharu, termasuklah single terkininya, ‘Ginger’, yang kini sedang mencipta fenomena di pelbagai platform penstriman muzik.
Tiket akan dijual secara rasmi bermula 21 Julai ini, dan dijangka habis terjual dalam masa yang singkat. Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal agar tidak kecewa dan dapat turut serta dalam acara muzik yang ditunggu-tunggu ini.
“Kami amat teruja untuk membawa Sean Paul kembali bertemu peminat di Malaysia pada Oktober ini. Konsert ini bukan sekadar persembahan, ia adalah satu sambutan muzik, budaya dan hubungan sejagat. Dengan kerjasama rakan-rakan strategik, kami komited untuk mempersembahkan sebuah pengalaman hiburan secara langsung yang luar biasa,” ujar wakil Epic Elation selaku penganjur.
Sementara itu, Sean Paul turut menyatakan keterujaannya untuk kembali ke Malaysia.
“Setiap kali berpeluang bertemu dengan peminat di seluruh dunia, ia adalah satu nikmat. Saya tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Sokongan dan tenaga daripada peminat Malaysia memang luar biasa.”
“Saya paling bersemangat ingin menyampaikan single terbaharu ‘Ginger’ secara langsung. Lagu ni punya aura, dan saya yakin penonton akan menikmatinya,” ulas pemuzik dan penyanyi rap yang kini berusia 52 tahun.
Sean Paul Live in Malaysia
KATEGORI TIKET:
�� Tarikh : 10 October 2025
�� Lokasi : Idea Live Areana
�� Tarikh Jualan Tiket : July 21, 2025 with ticketing platform fantopia.io
KATEGORI TIKET:
● RM473 – Shake That Thing (Standing Level 1)
● RM393 – Temperature (Standing Level 1)
● RM493 – No Lie (Seated Level 2)
● RM463 – Get Busy (Seated Level 2)
● RM433 – Ginger (Seated Level 2)
● RM393 – We Be Burnin’ (Seated Level 2)
● RM363 – Superfan (Seated Level 2)

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

