KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah agama di Papar, Sabah yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan tersebut.
Menurut beliau, kes tersebut ketika ini sedang berada dalam siasatan polis.
Sehubungan itu, Fadhlina menyeru masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi pada waktu ini yang boleh mengganggu siasatan.
“Saya dan pengurusan tertinggi kementerian telah menziarahi keluarga di hospital bagi memastikan semua keperluan disediakan dan kebajikan keluarga terpelihara.
“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah juga telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga termasuk dalam aspek sokongan psikososial.
Baca artikel lain: KPM ambil tanggungjawab pantau emosional dan kebajikan Putri Qisya
“Hormati privasi keluarga dan beri ruang sepenuhnya kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Semalam pengguna Facebook menggunakan nama Dun Sindumin Sipitang memuat naik hantaran mengenai kejadian melibatkan pelajar perempuan dikenali sebagai Zara Qairina itu.
Pelajar tingkatan satu itu dipercayai menjadi mangsa buli dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sekolah berkenaan.
Pelajar tersebut disahkan meninggal dunia pada malam Khamis ketika sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

