KKM, MCMC berkolaborasi perkasa transformasi kesihatan digital rakyat

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalin kerjasama strategik bagi memperkasakan agenda transformasi sistem kesihatan negara melalui teknologi digital.

MCMC dalam kenyataan bersama dengan KKM memaklumkan, ia merangkumi usaha memperluas liputan dan akses perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Jelas kenyataan itu, projek perintis penghantaran ubat menggunakan dron akan dilaksanakan di Sabah, dengan Klinik Kesihatan Tawau sebagai pusat utama penghantaran ke dua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berhampiran.

Kenyataan itu memaklumakn, Sabah dipilih berdasarkan liputan jaringan 4G (94.4 peratus) dan 5G (69 peratus) yang stabil serta cabaran geografi negeri itu yang menuntut penyelesaian inovatif bagi menjamin kelangsungan rawatan dan bekalan ubat kepada rakyat.

“Lapan inisiatif utama akan dilaksanakan, iaitu penyediaan prasarana komunikasi untuk kesihatan masa depan; Perlengkapan komputer dan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR)di klinik kesihatan, termasuk klinik desa dan klinik komuniti dan Penyediaan kiosk telekesihatan di NADI.

“Selain itu, penghantaran ubat menggunakan dron ke kawasan luar bandar dan pedalaman sebagai penyelesaian kepada cabaran bentuk muka bumi; Pelaksanaan langkah keselamatan siber di fasiliti kesihatan; Penyediaan geran pengadaptasian sistem EMR; Penubuhan Hab Inovasi Hospital Pintar dan Pemerkasaan penyertaan Malaysia dalam platform kesihatan digital global,” jelas kenyataan itu.

Mengulas lanjut, kenyataan itu memaklumkan, inisiatif berkenaan turut menyasarkan peluasan perkhidmatan e-Kesihatan secara menyeluruh melalui 1,099 NADI di seluruh negara, yang akan berfungsi sebagai gerbang kesalinghubungan digital di kawasan luar bandar.

Jelas kenyataan itu, penduduk setempat akan mendapat akses kepada konsultasi maya bersama doktor melalui kiosk telekesihatan, sekali gus memastikan keterangkuman kesihatan digital di kawasan luar bandar.

Kenyataan itu memberitahu, sistem-sistem digital berasaskan pengkomputeran awan serta platform konsultasi maya akan digunakan bagi menyokong penghantaran ubat ke kawasan sukar akses, memudahkan rawatan susulan, serta memperkukuh pemantauan berterusan pesakit luar bandar.

“KKM dan MCMC juga akan meneliti usaha pemerkasaan literasi digital kesihatan dalam kalangan komuniti setempat bagi meningkatkan keyakinan pengguna perkhidmatan kesihatan digital dari aspek keselamatan dan keberkesanan.

“Kolaborasi strategik ini amat penting ketika negara berdepan cabaran sistemik seperti pertambahan populasi warga emas, peningkatan beban penyakit tidak berjangkit (NCD), dan ketidakseimbangan nisbah pesakit kepada petugas kesihatan.

“Ia juga mustahak dalam merealisasikan misi “1 Individu, 1 Rekod” menerusi pengukuhan ekosistem kesihatan digital negara,” jelas kenyataan tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia ucap tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang tahun penubuhan ke-105

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang...

More Articles Like This