MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini merasmikan Kempen Internet Selamat (KIS) di SMK St. Mary, Limbahau, Papar bagi memperkukuh literasi dan kesedaran digital dalam kalangan komuniti di Sabah.
Hadir sama pada majlis ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya.
Penganjuran KIS ini menandakan pendekatan strategik kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang bukan hanya tertumpu kepada capaian internet semata-mata, tetapi memberikan penekanan kepada penggunaan yang selamat, beretika dan bertanggungjawab.

Antara pengisian KIS termasuk sesi kesedaran keselamatan dalam talian, aktiviti interaktif serta latihan kepada guru bagi memperkukuh nilai dan jati diri pelajar ketika berhadapan dengan cabaran menerusi alam siber.
Kempen ini turut mencerminkan pendekatan ‘whole-of-nation’ di bawah kerangka Malaysia MADANI, yang menyaksikan MCMC berganding bahu bersama sekolah, guru, ibu bapa dan pihak berkuasa tempatan untuk menyampaikan mesej keselamatan digital secara berkesan.
Sehubungan itu, MCMC dalam kenyataan menyeru seluruh masyarakat dari kampung hingga ke bandar, dari Semenanjung hingga ke Sabah untuk menjadi sebahagian daripada gerakan ini.
“Internet bukan sekadar alat komunikasi, tetapi medan untuk membentuk nilai, menyebar ilmu dan menyatukan rakyat.
“Mari kita pastikan ruang digital ini kekal selamat, beretika dan membina untuk generasi hari ini dan akan datang,” menurutnya, hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

