Sukarelawan Duta NADI main peranan penting sebar mesej advokasi MCMC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SUKARELAWAN Program Duta NADI memainkan peranan penting dalam menyebar luas mesej advokasi yang disampaikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) termasuk Kempen Internet Selamat (KIS).

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, langkah dilakukan sukarelawan Duta NADI itu melalui pendekatan akar umbi bersama komuniti dan sekolah berhampiran di kawasan kediaman mereka.

Menurut MCMC, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil telah merasmikan Program Duta NADI di Sabah, hari ini bagi mempromosikan inisiatif Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) serta memperluas manfaatnya kepada komuniti setempat.

Katanya, seramai 50 sukarelawan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah terpilih menyertai program yang julung kali diperkenalkan MCMC dengan kerjasama UMS dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).

“Sukarelawan yang berjaya melepasi sesi saringan akan mengikuti Bengkel Training of Trainers (TOT) selama dua hari bermula esok di UMS.

“Sepanjang bengkel ini, peserta akan didedahkan dengan asas kesukarelawanan, objektif dan fungsi NADI, modul Perkhidmatan Pintar NADI serta kandungan utama KIS,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel lain: KKM, MCMC berkolaborasi perkasa transformasi kesihatan digital rakyat

Mengulas lanjut, MCMC memberitahu, sukarelawan itu kemudiannya akan dilantik sebagai Duta NADI dengan tanggungjawab untuk menyampaikan taklimat kepada komuniti setempat.

Jelasnya, ia termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah, ibu bapa, guru serta usahawan yang terlibat secara langsung dengan pelbagai program di NADI.

Suruhanjaya itu menyatakan, pendekatan berkenaan membuka ruang yang signifikan untuk menarik penyertaan komuniti daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur untuk lebih mengenali fungsi NADI sekali gus memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang ditawarkan secara optimum.

“Sebanyak 25 buah NADI telah dikenal pasti dan dipadankan dengan kampung halaman 50 orang sukarelawan siswa terpilih bagi memastikan pendekatan yang lebih bersifat mesra komuniti dan relevan dengan keperluan setempat.

“Sepanjang cuti semestar yang bermula 28 Julai hingga 28 September, sukarelawan ini akan menggalas tanggungjawab sebagai Duta NADI dalam mempromosikan impak dan peranan pusat ini khususnya kepada penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman di Sabah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This