SERAMAI 240 pelajar dan 24 guru dari 12 sekolah rendah sekitar Shah Alam hadir menyertai Karnival Kempen Internet Selamat (KIS) Peringkat Negeri Selangor 2025 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, hari ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Karnival KIS merupakan sebahagian daripada kempen untuk mendidik generasi muda tentang keselamatan dalam talian serta membentuk jati diri digital yang beretika dan bertanggungjawab seawal usia di sekolah rendah.
Menurut MCMC, Selain SK Seksyen 9, 11 lagi sekolah rendah yang terlibat dalam karnival itu ialah SK Seksyen 6, SK Seksyen 7, SK Seksyen 13, SK Seksyen 17, SK Seksyen 18, SK Seksyen 19, SK Seksyen 20, SK Shah Alam, SK Kota Kemuning, SK Padang Jawa dan SK Bandar Anggerik.
“Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan seperti persembahan koir oleh pelajar SK Seksyen 9, Dinding Ikrar, pameran mengenai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) serta sesi interaktif bersama pelajar menggunakan Modul Kempen Internet Selamat bagi Tahap 1 dan Tahap 2,” jelas MCMC.

MCMC menambah, pihaknya komited untuk meluaskan pelaksanaan KIS ke lebih banyak sekolah rendah dan menengah, serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara dalam masa terdekat.
Menurut MCMC, program sebegini diharap dapat membina ekosistem digital yang selamat, inklusif dan sejahtera untuk generasi masa depan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

