PM lega gempa bumi di Rusia tidak libat kemalangan serius

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa lega apabila tiada kemalangan serius yang berlaku susulan gempa bumi besar melanda pesisir timur Rusia.

Pada masa sama, Anwar memuji tindakan pantas sistem amaran awal dan pasukan respons kecemasan yang segera bertindak bagi melindungi nyawa.

“Gempa bumi besar di pantai timur Rusia merupakan antara paling kuat pernah direkodkan justeru menimbulkan kebimbangan.

“Saya melihat amaran tsunami merentasi Pasifik dengan berat hati, mengetahui betapa banyak yang dipertaruhkan bagi komuniti dari Kamchatka ke Jepun, Guam dan seterusnya.

“Ingatan saya bersama mereka yang melalui detik-detik cemas menunggu berita dan saya berharap bahaya itu telah berakhir,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Larangan penuh penjualan produk vape di Terengganu bermula esok

Gempa bumi besar itu mencetuskan amaran tsunami kepada jutaan orang di seluruh rantau Pasifik termasuk di Jepun, Amerika Syarikat dan Mexico.

Beberapa jam selepas gempa menggegarkan pantai timur Rusia, tiada kerosakan besar dilaporkan dan di kebanyakan kawasan, amaran tsunami ditarik balik atau diturunkan tahapnya.

Gempa bumi utama berlaku kira-kira 11.24 pagi Rabu dicatatkan pada magnitud 8.8 oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat menjadikan gempa itu terkuat di dunia sejak bencana Fukushima, Jepun pada Mac 2011 dan antara enam gempa paling kuat pernah direkodkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This