Kes Zara Qairina: Pengetua, Penolong Kanan HEM, warden SMKA Tun Datu Mustapha ditempatkan sementara di JPN Sabah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGETUA, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Papar akan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini.

Menurut KPM, kesemua pegawai SMKA Tun Datu Mustapha itu akan ditempatkan sementara sehingga siasatan berhubung kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir selesai.

Katanya, keputusan itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan tersebut.

“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

“Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut merupakan keutamaan KPM pada masa ini.

“KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel lain: Pembangkang tuntut penjelasan polis keputusan tidak bedah siasat Zara Qairana

Sebelum ini, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menghantar satu pasukan siasatan khas ke Kontinjen Sabah bagi mengambil alih siasatan kes kematian Zara Qairina.

Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dalam kenyataannya berkata, sembilan pegawai dan anggota JSJ sudah dihantar ke Sabah.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai selepas dimasukkan ke hospital selepas dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Jumaat lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan kubur Zara perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.

AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut oleh PDRM demi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Berikutan itu, pada 9 Ogos, kubur remaja berkenaan digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, dan jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat sebelum selamat dikebumikan semula awal pagi Ahad di tanah perkuburan sama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

16 bekas tentera mula bertugas sebagai warden MRSM

SERAMAI 16 orang bekas tentera telah mula melaporkan diri sebagai warden Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai Isnin lalu. Pengerusi...

More Articles Like This