SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan rundingan awam mulai hari ini berkenaan cadangan Kerangka Peraturan bagi Pesanan Elektronik Komersial Tidak Diingini (UCEM) yang lazimnya dikenali sebagai spam.
MCMC dalam kenyataan memaklumkan rundingan awam selama dua minggu itu selaras dengan Seksyen 233A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) diperkenalkan melalui pindaan perundangan yang diwartakan Februari lalu.
Menurut MCMC, kerangka peraturan itu bertujuan memperkukuh perlindungan pengguna; menggalakkan amalan pemasaran digital yang bertanggungjawab serta memupuk ekosistem digital lebih selamat dan dipercayai.
Selaras dengan peruntukan baharu itu, MCMC memberitahu sedang merangka perundangan subsidiari bagi mewujudkan struktur kawal selia yang jelas, utuh dan berkesan untuk menangani peningkatan penghantaran UCEM.
“Rundingan awam ini mengundang maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk pemain industri, pertubuhan masyarakat sivil, kumpulan pengguna, pembuat dasar dan orang awam.
Baca artikel lain: MCMC siasat kandungan palsu bersifat 3R berkaitan kes Zara Qairina
“Semua pihak dijemput meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan pandangan terhadap pendekatan kawal selia yang dicadangkan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Mengulas lanjut, MCMC mengalu-alukan input daripada semua pihak yang berminat sepanjang tempoh rundingan yang berlangsung mulai hari ini sehingga pukul 5 petang, 27 Ogos depan.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen MCMC terhadap proses pembentukan dasar yang telus, inklusif, konsultatif dan berasaskan bukti.
“Untuk maklumat lanjut dan mengakses dokumen rundingan, sila layari https://www.mcmc.gov.my/en/media/announcements/public-consultation-onunsolicited-commercial-ele,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

