KERJASAMA antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) penting untuk menjamin kelangsungan dasar-dasar Kerajaan supaya dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi manfaat kepada rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, semua pihak perlu terus komited dalam memastikan dasar dan undang-undang dipatuhi demi pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat.
Katanya, kerajaan negeri perlu memperkukuh komitmen dalam pembangunan dasar dan kerangka undang-undang bagi memperkasakan PBT.
“PBT pula perlu menjadi pelaksana yang tangkas, inovatif, dan berorientasikan rakyat, dengan indikator kesejahteraan yang jelas. Sektor swasta dan komuniti akan terus menjadi rakan strategik dalam pembangunan setempat.
“Saya yakin dengan semangat kebersamaan ini, bandar dan wilayah di Malaysia mampu menjadi pusat pertumbuhan mampan, inklusif, dan sejahtera – setanding negara maju.
“Peranan kerajaan tempatan adalah besar, daripada akar umbi hingga ke puncak negara, dalam menjayakan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Fadillah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-86 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Katanya, penganjuran Mesyuarat MNKT adalah selaras dengan Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan MNKT sebagai medium perundingan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan negeri mengenai dasar dan undang-undang yang berkaitan dengan Kerajaan Tempatan.
Menurut beliau, kejayaan aspirasi RMK13 di peringkat kerajaan tempatan hanya dapat dicapai melalui sinergi erat antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, dan PBT.
“MNKT berperanan sebagai platform penyelaras utama bagi memastikan dasar, peraturan, dan pelaksanaan bergerak seiring,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

