Ismail Sabri lapor polis cubaan kaitkan dengan insiden serangan anak Rafizi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan insiden serangan anak Datuk Seri Rafizi Ramli, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, laporan itu telah dibuat pada Isnin oleh setiausaha akhbarnya di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Jelas beliau, laporan polis itu dilakukan terhadap sebuah lama Facebook yang memuat naik dua artikel palsu serta fitnah mengaitkannya dengan serangan tersebut serta skandal membabitkan syarikat swasta.

“Satu laporan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Facebook supaya tindakan segera diambil terhadap laman serta pengendali atau pemiliknya,” katanya.

Terdahulu, Rafizi menafikan dakwaan mengaitkan Ismail Sabri dan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin dengan serangan terhadap anaknya.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, wujud dakwaan seminggu sebelum serangan itu bahawa seorang pemberi maklumat mendedahkan butiran mengenai kes pengubahan wang haram yang didakwa melibatkan Ismail.

Katanya, turut didakwa maklumat yang didedahkan itu juga menyentuh projek-projek yang dikaitkan dengan Khairy semasa beliau menerajui Kementerian Kesihatan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kandungan hantaran itu tidak benar sama sekali dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi serta nama baiknya.

Beliau juga telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This