Malaysia tak rancang anjur semula F1, kos cecah RM1.5 bilion – Hannah

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MALAYSIA buat masa ini tidak merancang untuk menganjurkan semula perlumbaan Formula 1 (F1) susulan daripada berdepan dengan beberapa masalah antaranya kos yang terlampau tinggi.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mendedahkan, kerajaan perlu membelanjakan lebih daripada RM1 bilion jika mahu melihat perlumbaan kereta berprestij itu kembali ke tanah air.

Jelasnya, ia merupakan satu amaun yang besar dan boleh digunakan bagi menampung perbelanjaan pembangunan untuk sukan-sukan lain.

“Buat masa ini Malaysia tidak merancang menganjurkan kejohanan Formula 1 memandangkan kos yuran hak penganjuran dan penyediaan fasiliti yang tinggi dan kalendar perlumbaan yang padat.

“Sebelum kita dapat mempertimbangkan kembali penganjuran kejohanan F1 di Malaysia beberapa faktor perlu diteliti dengan lebih terperinci.

“Kos yuran dan hak penganjuran yang tinggi, penganjuran memerlukan kerajaan melabur sekitar RM300 juta setahun untuk membayar yuran hak penganjuran.

Baca artikel lain: Wasiyyah terima kunjungan hormat UtusanTV

“Secara amnya Malaysia perlu mengikat sepanjang tiga atau lima tahun…dan ini akan melibatkan komitmen yuran hak penganjuran F1 sekitar RM1.5 untuk tempoh tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Hannah menjawab pertanyaan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) sama ada Malaysia berhasrat untuk menganjurkan semula kejohanan F1 pada masa hadapan.

F1 mula dianjurkan di negara ini pada tahun 1999 dan Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang menganjurkan acara perlumbaan berprestij ini.

Malaysia menjadi salah satu destinasi F1 untuk 19 tahun tetapi akibat daripada yuran penganjuran yang meningkat saban tahun dan ketibaan penonton yang semakin merosot ia dihentikan pada 1 September 2017.

Hannah menambah, dengan RM300 kementerian mampu menampung perbelanjaan pelaksanaan program pembangunan bakat iaitu bersamaan dua tahun atau empat tahun penuh.

“Selain itu, peruntukan kos penyediaan litar sebanyak RM10 juta boleh menampung program Road to Gold (RTG) setahun.

“Bukan itu saja, dengan jumlah yang sama, kerajaan memperuntukan Geran Padanan Sukan (GPS) yang bernilai RM30 juta setahun untuk tempoh 10 tahun.

“GPS ini amat penting kerana ia merangsang pertumbuhan ekonomi sukan melalui penglibatan sektor swasta dalam penganjuran acara sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

BUDI Diesel: 700,000 pemilik kenderaan nikmati diesel RM2.10 seliter mulai hari ini

SERAMAI 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara mula menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai hari...

More Articles Like This