PIHAK polis kini giat mengesan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang selepas beriadah bersama rakan-rakannya di Sungai Kedondong, Batang Kali pada 23 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, individu dikenali sebagai Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, dan kali terakhir dilihat kira-kira pukul 4.30 petang ketika mandi bersama tiga rakannya.
“Pada 24 Ogos kira-kira jam 6 petang, rakan sebilik kursus cuba menghubungi individu ini, namun telefon bimbitnya didapati ditutup.
“Laporan polis dibuat pada 25 Ogos jam 4.16 petang oleh seorang anggota TUDM dari Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT), selepas individu ini tidak melaporkan diri semula untuk kursus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Kadar OPR dijangka kekal 2.75 peratus
Beliau berkata, siasatan awal mendapati Ammar sedang mengikuti Kursus Penyelia Pengangkutan Kenderaan di INSMAT dan bertugas di Pangkalan Udara Subang.
Muhamad Farid menambah, individu terbabit ,empunyai ciri fizikal berkulit cerah, berambut lurus pendek dan berketinggian kira-kira 175 sentimeter.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Sukri Che Mat di talian 03-8076 2222 atau 03-8071 3136.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

