MOF saran penerima SARA berbelanja pada hari bekerja, sebelah pagi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menasihatkan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) supaya merancang waktu berbelanja menggunakan wang daripada kerajaan sebanyak RM100.

Menerusi satu poster yang dimuat naik di laman Facebook, kementerian mencadangkan penerima merancang waktu yang sesuai bagi memudahkan urusan mereka.

“(Waktu cadangan) hari Selasa hingga Khamis. Disarankan membeli-belah pada hari bekerja dan waktu pagi,” katanya, hari ini.

Cadangan tersebut dikemukakan susulan gangguan sistem dan keadaan premis terlalu sibuk yang dialami hampir di seluruh negara.

Baca artikel lain: Anggota TUDM hilang sejak 23 Ogos selepas mandi di Sungai Kedondong

Semalam, MOF dalam satu kenyataan memaklumkan sistem mengalami transaksi mendadak berikutan sambutan tinggi daripada penerima Penghargaan SARA.

Menurut kenyataan itu, situasi berkenaan menyebabkan sistem terminal pembayaran yang dikendalikan melalui rangkaian MyKasih mengalami penurunan prestasi yang ketara di beberapa lokasi.

Kementerian itu turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami para pengguna dan akan terus memantau pelaksanaan inisiatif ini agar berjalan lancar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This